assalamualaikum :)
Yunalis zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna telah membuka
sebuah butik yang menampilkan pelbagai jenis fesyen luar dan dalam negara.
Butik yang terletak di Subang Jaya ini telah beroperasi selama 2 tahun. Butik
ini telah menawarkan fesyen-fesyen terkini yang amat sesuai dengan gaya muda
mudi masa kini. Menawarkan harga yang berpatutan, butik ini sentiasa menerima
kunjungan daripada anak-anak muda dan peminat-peminat Yuna yang tidak ingin
melepaskan peluang memiliki aksesori-aksesori dan persalinan yang bergaya dan
anggun.
Sebagai artis yang mendapat nama di persada tanah air dan
antarabangsa, dia begitu sibuk dalam menyiapkan album dan menghadiri jemputan
menyanyi di dalam dan luar negara. Namanya sebagai penghibur melonjak naik
dengan begitu pantas, namun ia bukanlah penghalang kepada Yuna untuk menumpukan
perhatian kepada butiknya itu. :)
Yuna juga ada membuat video baju-baju baru yang dilancarkan
di IAMJETFUELSHOP.
ni yang 2011 punya :)
Ada yang berpendapat bahawa butiknya ini menampilkan gaya
Yuna yang sebenar. Bagi peminat-peminat setia Yunalis Zarai, inilah peluang
untuk mereka meniru gaya artis pujaan mereka ini yang sangat berani dalam
menggayakan fesyen sebagai gadis bertudung.
selain daripada itu , Yuna juga ada menyediakan tutorial-tutorial dalam menggayakan tudung, khas untuk semua. Tutorial-tutorial ini boleh ditonton di You Tube :)
No comments:
Post a Comment