Wednesday, May 22, 2013

BUTA FESYEN ?

Asslamualaikum :)
selamat malam ... kepada yang masih stay up , jangan tido lewat sgt . x baik u kesihatan.. hehe :)

ok , nk tnye ckit, pernah x sape2 ckp korg ni buta fesyen @ gila fesyen tapi x pandai berfesyen ?

huhu ... kalau ade, jangan sedih , jangan risau sbb sebenarnya x susah untuk ubah penampilan diri .
apa yang penting kena dengan gaya kita dan x membebankan diri . bukan apa , ada sesetegah orang sanggup habiskan duit semata-mata u elakkan diri dari digelar '' buta fesyen''.
 tapi bagi char , klo nk berfesyen sekalipun , janganlah smpai membazir n janganlah sampai tahap mnjdi  ''hamba fesyen''. betul x ..?



tips berfesyen .
- pilih baju yang selesa dan sesuai dengan gaya anda sndiri , kalau bleh janganla ikot gaya org lain . sebab masing2 ade gya trsendiri .
- pilih baju yg x terlampau sendat@longgar . klo pakai yang sendat2, macam x pkai baju la plak kan . so pkaila yg longgar tp jangnla pkai yg besaaaaaar sgt .
- pilih warna yang sesuai dengan warna kulit kita . bukan apa, takot nnti nampk pelik..
- tudung yang kite pkai 2 kalo boleh xdela kontra sgt dengan warna baju . tapi bgi yg berani mncuba, x salah. sekarang kan 'virus' colorblock :)
- kenakan baju sesuai dengan tempat yang ingin dtuju.

jangan sampai jadi macam ni dahla :







Monday, May 20, 2013

KASUT TUMIT TINGGI @ FLAT ?

Assalamualaikum semua .. :)
semoga sentiasa happy di samping orang tersayang.. hihi

ok , hari ni 1 lagi entri pasal KASUT :)
sebenarnya sihar x selesa tgok org yang pakai kasut tumit tinggi , n betapa seksanya dorang nk bjalan bila pakai heels ni kan .





sebenarnya kalo puan-puan, adik kakak semua nak tahu , pakai heels ni mmg nmpak elegan kpada si pemakai tp effect die amatla tidak baik kepada si pemakai .
sihar ade trbaca kat 1 blog ni pasal kburukn pakai heels ni , so char nk share la ngan sape2 yg sudi membaca entri ni :)

effects heels kepada kesihatan :

- terseliuh di bahagian buku lali,

- radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang yang kronik.

- bunion (hallux valgus) iaitu ibu jari kaki masuk ke dalam ke arah jari kedua lalu menyebabkan benjolan pada bahagian luar kaki di sebelah ibu jari kaki.

- Tekanan berat badan pada hujung kaki juga akan menyebabkan jari ketiga dan keempat menyempit lalu menyebabkan kesakitan pada saraf menyebabkan darah tidak dapat bergerak dengan betul kerana tersekat lalu menyebabkan kesakitan.
- Betis akan memendek dan tegang akibat tumit tertolak ke atas dan akibatnya kaki sering mengalami kekejangan dan sakit di bahagian tumit
 - saraf bengkak atau menebal pada bola kaki yang digelar morton’s neuroma, pembesaran tulang di belakang tumit (kecacatan haglund) dan jari bengkok (claw hammer)
- sakit bahagian tulang belakang.Menggunakan kasut tumit tinggi akan menyebabkan pinggul condong ke depan dan menambahkan lengkungan pada tulang belakang.

Sunday, May 12, 2013

SUMMIT & I

assalmualiakum semua , selamat petang :)

disebabkan dalam entri char ni da byak sgt sal baju , so hari ni char nk share ngan korang sal pglamn char sebagai pengguna kasut SUMMIT !  huhu

ok , seriously , mase first time beli , char x knal pon brand summit ni , tp masa 2 ade promotion , so bli la 2 pasang kasut  dengan harga juz RM60. nama pon promosi kan . kira ok la harga 2 dengan status sebagai seorang student. :)


mine :)


ok , mula2 char pkai 1 j dulu , 1 lagi simpan . n yang bestnya pasal kasut SUMMIT ni ialah dia mmg tahan lama and comfortable . bygkan char pakai kasut yang sama ulang alik dripada kampus k kelas , trun naik bukit tp kaki x sakit pon n kasut lansung x rosak . pakai punya pakai kira 2 sem jugakla setia bersama kasut tu :)

so ,skrg ni dah tiba gilirand second shoes , drpda sem lepas lagi pkai n smpai skrg still ok :)

sebenarnya byk pilihan kasut2 kat SUMMIT ni ...


BNV 4 EYE SUMMIT SS13 COLLECTION





Saturday, May 11, 2013

GAYA LAMA DAPAT SAMBUTAN


kalau pada zaman nenek moyang kita dulu, baju kembang bawah ni femes sangat kan . tgokla gambar artis-artis lama , macam primadona saloma k , hmm mmg ni la gaya dorg pada masa 2.



walaupun sbnrnya gaya ni da hampir pupus @ dah pupus kjap pada zaman 2000 k atas , tp dalam skelip mata , muncul balik dengan gaya yang sama tp x serupa .. hehe


Sunday, April 28, 2013

PENJAGAAN KAIN SUTERA

assalamualaikum ,
tetibe terasa nk share pasal penggunaan kain sutera ngan korang walaupun char sdiri x pnah ade @ pakai baju sutera . huhu

tapi sebelom 2 maybe ade yang xtahu pasal asal usul kain sutera kan ..?
so , char nk share la ckit ngan korang :)

Wednesday, April 24, 2013

FASHION VALLET .

Assalamualaikum :)
harap-harap semua orang dalam keadaan sihat & hepi selalu .
ok  mcm biasa , lately ni sihar lebih suka share pasal online shopping . huhu . xtahu kenapa.

ok , hari ni char nk share pasal ' FASHION VALLET'..
x tahula korg pernah dengar ke x . tapi sebenarnya yang ni ppon menarik jugak tau .
sekali tgok, dia seakan-akan zalora pnya website :)

nah ! korang godeh2 la dulu yer >>  click click click .

matlamat sebenar FASHION VALLET adalah u jadi fashion store online yang menjadi pilihan u semua . sbb 2 kalau anda tgok, kat sini ada baaanyak sangat jenama baju and semua lah yang korang boleh pilih even ade jenama-jenama yang char sendiri x pernah dengar or tahu .  huhu . so , apa salahnye kita try 'usha' jenama lain plak kan ?
 bila tgok baju2 and pakaian yang ada kat dalam ni , mmg seriously menarik perhatian , semuanya cantik2..

Sunday, April 21, 2013

ZALORA ! ARGHHHHHH !

Assalamualaikum , selamat petang semua !

ZALORA . argggghhhh !

 hehe . tadi tengok iklan . tiba-tiba rasa nak tau lebih lagi pasal zalora ni . yela kan , nak tahu apa yang menariknya pasal zalora ni .

ade k sesape yang x pernah tgok iklan ZALORA ??
nah tgok dlu . hehe . menarik + lawak :)


kalau anda semua nak tahu , zalora . com ni adalah online shopping untu semua . ada baju , kasut , handbag , baju kurung , seluar .. senang kata cukup lengkap lah :)

Friday, April 19, 2013

“IAMJETFUELSHOP” + YUNA



assalamualaikum :)

Yunalis zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna telah membuka sebuah butik yang menampilkan pelbagai jenis fesyen luar dan dalam negara. Butik yang terletak di Subang Jaya ini telah beroperasi selama 2 tahun. Butik ini telah menawarkan fesyen-fesyen terkini yang amat sesuai dengan gaya muda mudi masa kini. Menawarkan harga yang berpatutan, butik ini sentiasa menerima kunjungan daripada anak-anak muda dan peminat-peminat Yuna yang tidak ingin melepaskan peluang memiliki aksesori-aksesori dan persalinan yang bergaya dan anggun. 

Sebagai artis yang mendapat nama di persada tanah air dan antarabangsa, dia begitu sibuk dalam menyiapkan album dan menghadiri jemputan menyanyi di dalam dan luar negara. Namanya sebagai penghibur melonjak naik dengan begitu pantas, namun ia bukanlah penghalang kepada Yuna untuk menumpukan perhatian kepada butiknya itu. :)




Monday, April 8, 2013

HANDMADE SCARF PINS

asssalamualaikum semua :)
ok, untuk menghilangkan keboringan melampau ni , char ada nk kongsikan 1 tutorial dengan anda semua.. :)
biasa kita tengok ramai dalam kalangan remaja suka snagt pakai pin tudung yang cantik + cute kan.
so hari  ni char nak kongsikan cara membuat sendiri pin tudung yang comel-comel tu .
tp char pon tgok tutorial kat blog orang lain jugak .
ni ade link blog yang ade ajar cara nk buat pin .. senang je .. korang tgok2 la  yer ..

Thursday, March 28, 2013

WEAR IT RIGHT



Assalamualaikum semua! 
fesyen ... memang sesuatu yang tak dapat dipisahkan dari wanita.. kan?
tapi ,bila kita tgok perempuan zaman sekarang bertudung , alahai .. macam2 fesyen ade.. huhu ..
kekadang 2 kita yang tgok ni pon rasa rimas+ serabut.


jadi , kepada wanita-wanita di luar sana, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak tips untuk bergaya.
boley search google, stlking blogs,search kat you tube .... zaman dah moden .. ^___^


bagi pemakaian tudung yang kemas dan menutup dada, anda semua bolehla mengikut tutorial di bawah...


selamat mencuba ! :)